KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19, dua tahun lepas.
Hakim N. Priscilla Hemamalini membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lokman Noor, 50, di akhir kes pendakwaan.
"Sehubungan itu, OKS (orang kena saman) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini," katanya.
Pada 1 Okt 2021, Lokman Noor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus COVID-19.
Penyebaran melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil "Lokman Adam" itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei 2021.
Rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.40 petang, 9 Mei 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Seramai enam saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Mac lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh manakala Lokman Noor diwakili peguam Logen Eskander.
Semasa ditemui pemberita selepas prosiding, Lokman Noor berkata beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya.
"Saya bersyukur dan gembira, ini kes kedua saya dilepas dan dibebaskan," katanya.
Pada 23 Jun lepas, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Lokman Noor daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lokman Noor, 50, di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.
Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar
Persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin terhad pada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya.
Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan
Lokman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di Facebook niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.
Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.
Prosiding hina mahkamah terhadap Lokman Adam didengar 3 Ogos
Prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan didengar 3 Ogos ini.